Kenderaan tempur infantri Kenderaan tempur berperisai

Sebuah kenderaan tempur infantri, M2 Bradley buatan Amerika Syarikat.

Kenderaan tempur infantri (IFV) merupakan sejenis pengangkut anggota berperisai yang mana membenarkan infantri untuk berperang dari dalamnya, dan boleh memberi bantuan tembakan yang penting. IFV pertama merupakan BMP-1 buatan Soviet, yang mana mengejutkan para penganalisis perisikan barat apabila ia muncul di dalam satu perbarisan ketenteraan pada tahun 1967.

IFV moden merupakan sejenis pengangkut yang dipersenjatai secukupnya dan membenarkan infantri di dalamnya bertempur dari dalam. Ia berbeza dengan APC terawal berdasarkan persenjataan beratnya yang membolehkan IFV memberi bantuan tembakan terus semasa serbuan, tapak tembakan membolehkan infantri untuk menembak senjata persendirian apabila terpasang dan perisai yang dipertingkatkan. IFV juga biasanya dilengkapi dengan selaras meriam automatik berkaliber 20mm atau lebih, dan kemungkinan dengan peluru berpandu anti kereta kebal. IFV juga biasanya dipasang dengan runut, akan tetapi kenderaan jenis beroda mungkin terdapat di dalam kategori ini.

IFV yang dipasang khusus telah mengambil alih beberapa peranan atau tugas kereta kebal ringan; ia digunakan di dalam tugas-tugas pengawasan, dan IFV ringan boleh digunakan oleh unit-unit udara yang mana harus mampu untuk bertempur tanpa kuasa tembak tinggi yang diberikan oleh kereta kebal.